KUALA LUMPUR : Bomba sedang menyiasat kes kebakaran membabitkan 13 motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC Jalan Ampang pada Khamis.
Menurut Komander Operasi Mohd Iqbal Khan Malek Khan, pihaknya menerima laporan pada jam 3.45 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat bersama jentera FRT- 2 dan EMRS-1 dengan kekuatan 15 anggota.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik. Peratus kebakaran sembilan buah motosikal 100 peratus, 3 buah (dua peratus), sebuah (20 peratus) dan empat buah skuter elektrik 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.
Insiden kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Api juga berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.04 minit petang dan setakat ini bomba masih menyiasat punca dan kerugian kebakaran.
Kebakaran yang tercetus pada petang Khamis itu juga mula dimuat naik beberapa pengguna laman sosial.
Hilmi Malik
Thu Apr 13 2023
Empat buah skuter elektrik antara yang musnah 100 peratus. - Gambar fail
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Suria KLCC dijangka berdepan isu sewaan disebabkan caj mahal
Sehingga September 2023, pinjaman KLCCP adalah sebanyak RM2.4 bilion terdiri daripada sukuk murabahah serta kemudahan pinjaman berjangka dan ia diterjemahkan kepada nisbah penggearan 13%.
Lelaki direman bantu siasatan kebakaran 13 motosikal depan KLCC
Seorang lelaki berusia 34 tahun direman sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan berkaitan kes kebakaran 13 motosikal di ruang parkir hadapan Suria KLCC.
Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC
Bomba sedang menyiasat kes kebakaran membabitkan 13 motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC Jalan Ampang pada Khamis.
Menara Berkembar, Menara KL bertukar 'merah mak ngah' sempena Tahun Baharu Cina
Difahamkan, puncak menara itu bertukar merah sekitar jam 7 petang tadi.
Wanita maut jatuh tingkat 4 Suria KLCC
Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC pada Isnin malam.
Suria KLCC pamer replika lampu pelita terbesar, catat rekod MBOR
Ia sebagai sebahagian usaha Suria KLCC dalam mengembalikan keriangan Ramadan dan Syawal selepas negara berdepan tempoh sukar pandemik COVID-19.
Suria KLCC komited tingkat kesedaran kesihatan mental
Safe Space @ Suria KLCC akan menjadi platform mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental bermula hari ini sehingga 8 Disember depan.
Tiada lagi RASA Food Arena di Suria KLCC
Selepas 22 tahun beroperasi, medan selera RASA Food Arena di Suria KLCC ditutup sejak 1 September 2021.
Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah itu.
COVID-19: Semua kontak rapat kepada ahli Babel yang dijangkiti, negatif
Pengesanan kontak dilakukan dengan segera sebaik sahaja diberitahu bahawa terdapat kes positif COVID-19 melibatkan seorang ahli Babel.